CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 17, 2011

pra-praktikalku- GAmBar-








Sunday, May 15, 2011

pra-praktikalku 1



~bismillah~


actually dah 1 minggu una pra-praktikal kat Alam.... haa, alam ape tu?
a) alam barzakh?
b) alam ghaib?
C)alam reality???
d) alam- alam..
heheheh... jawapannya adalah Akademi Laut Malaysia (ALAM)...terletaknya di Melaka..

gambar sebelah ni, rasanya una keje camni ke???
saja buat gamba hiasan..




pengalaman una keje kat sini.?. huhuh (padahal pra-praktikum je pon)..masa 1st day, lepas je lapor diri kat human resource.pastu g students affairs dimana terletaknya ofis ku ni..hhahaha.. jumpa2 je counselor, terus adakan perbincangan...hahha ..dengan otak time tu bluuur gile..memang time tu 'layaannnnnn je la'...hahah..
time tu pulak, actually, counselor bru je wujud seminggu kat situ..jadi kami kena wat sama2 la keje..kiranya menerajui kaunseling kat ALAM ni..

memang datang2 tu tepu gile otak, baru lepas exam jumaat, sabtu ahad kelam-kabut kemas brg2 n simpan dalam stor, pastu isnin datang sini terus kena tembak ngan macam2 keje...hahahha....
pastu dapat pngajaran, kalo abis je waktu keje, kena balik cepat2....hihih, nak tahu kenapa????
ada 1 ari, bos g meeting.. memang suasana ofis time tu ceria je... pastu... tibelah time balik..jam menunjukkan pukul 4.60 minit...
semua org kelam kabut balik, kami yng baru ni teragak2 nak balik... kebutulan time tu bos balik dari meeting, maka berlakulah perbualan di sini..

bos : eh, nak g mana ni??
kam i: nak balik, kenapa dah boleh balik ke bos?
bos : eh, kan baru mula keje.awal lagi ni..kami baru sampai, kenapa dah nak balik dah
kami: errr.... jam bos rosak kot..heheh
bos : hah, meh sini...

dan dari saat dan ketika itu, kitorg diberi keje dan balik pukul 7.15 mlm (-.-')...actually, bos kitorg ok je..best je.. cuma dia suka bagi bnyak keje..hihihi..memang petang tu disembur dengan tugas2 baru..hhahaa...menyesal gile x ikut ckp R.O ngan en.Sham...

pastu pagi jumaat kena bagi speech time assembly, in english.... wah.. memang gerun...
tapi,lepas nyanyi lagu2 (lagu yang biasanya nyanyi time assembly lah...) student kat sini kitorg pggil kadet.. so, lepas nyanyi kadet trus msuk kelas..ingatkan dah x jadi dah speech tu.. legalah sikit..
lpas tu, org HR keluar, which cik noraini yang bertggungjwab dalam hal ni... pastu dia announce ada trainee baru..time tu keluar lagu faizal tahir.. hahahah gemuruh gile...nak ckp depan ceo,pastu manager2 yang lain,dato' datin semua adalah....
lastly, berjaya juga walau ada tersasul sikit2..biasa la, lidah keras kan..hihihih...

kesimpulannya, memang beruntung dapat pra-praktikal kat sini. banyak sangat pengalaman yang dapat..bile kerja bidnag korporat mcm ni la pengalamnnya....hiihih.. pastu penginapan pon dapt,makan pon dapat...hiiiiih..



lain kali sy letak gambo eh..


~wallahu'alam~






Tuesday, March 15, 2011

~HIKMAH~


~Bismillah~


Dah lama sgt x menulis kat blog ni..padahal sebelum ni baru je tiga entry.. entry2 yang lain semua tak ter'post"..hahah bijak, bijak.. sebenarnya, una create blog ni maybe disebabkan oleh "virus" yg melanda.. seingatlah, time tu kwn2 berlawan blog sape yg paling cantik. maka diri ini pon ambil kesempatan..kikikik.. sebab teringin nak ada ruangan sendiri utk berkongsi n meluahkan sesuatu.. =).. akhirnya, terciptalah blog ini, credits to tika, tinje..hiihhihi

minggu ni, banyak sgt2 benda yg berlaku pada diri una.. nak cite??
una ni x pandai meluahkan sesuatu melalui tulisan.. =), tp una cuba menggunakan blog sebagai platform untuk x manjadi seorg yg penmendam..

actually, mggu ni jugak una jd lebih cekal, tabah, n belajar utk bergantung sepenuhnya pd Pencipta yg Maha Hebat.. alhamdulilah.. thanks ALLAH, really Love U...

Tu je kot yang nak kongsi, wassalam.. =)



Friday, August 6, 2010





HERBALIFE

~~Pengurusan Berat Badan~~

Jika anda pernah mencuba untuk menghilangkan berat badan sebelum ini dan gagal, jangan berputus asa.
Program ShapeWorks™ menggabungkan Nutrisi Selular dan kuasa protein supaya boleh mengawal rasa lapar anda, mengekalkan metabolisme yang sihat dan rasa bertenaga sambil anda menghilangkan kilo yang tidak diingini.

Kenapa pengurusan berat badan anda sukar sebelum ini?

Ini mungkin kerana anda belum menemui program pengurusan berat badan yang boleh menolong anda membuang kilo dan mengurangkan sentimeter, sambil kekal sihat pada masa yang sama. Tetapi
ShapeWorks dari HERBALIFE boleh melakukannya untuk anda.

Ia adalah program seimbang yang meyihatkan dan boleh diperibadikan mengikut komposisi dan bentuk badan anda yang unik. Ia membantu mengawal rasa lapar dan membuat anda sentiasa berasa sihat dan segar.

Herbalife adalah pemimpin dalam membangunkan produk pengurusan berat badan terkini, pemakanan dan juga penjagaan personal. Teknologi terkini digunakan dalam mencipta formula untuk setiap keperluan - sama ada berkaitan dengan jantina, umur, atau badan badan yang khusus, Produk-produk ini diasaskan dari kemajuan sains makanan, suplimentasi mikronutrien dan sains herbal. Ia dihasilkan untuk meningkatkan kualiti hidup anda dan penyediaan kepada kesihatan masa hadapan.

Dengan menyatukan kebaikan semulajadi dan sains terkini, Herbalife adalah yang paling termaju dalam memaksimumkan kesihatan diri.

Herbalife adalah antara produk digunakan untuk tujuan membantu menguruskan berat badan ialah seperti yang diterangkan di bawah

Makanan Gantian - Meal Replacement

Rawatan dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya, dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain,
anda hanya boleh mengambil produk ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah).

Sebagaimana yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka masa yang lama. Penurunan berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan kegemukan.

Rawatan melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan d
engan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil. Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan, terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini.


Selalunya produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan anda sedikit sebanyak dapat dikawal.

Produk-produk ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma. Ia tidak menghakis otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan.

Memperibadikan Pengurusan Berat Badan

1. Formula 1 Nutritious Mixed soy Powder Drink
~ untuk menyediakan badan anda dengan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan optimum dan pengurusan berat badan.
~ menolong anda berasa kenyang, puas dan bertenaga.
~ kaya dengan serabut diet.

~terdapat dalam 5 perisa iaitu french vanilla, dutch chocolate, strawberry, tropical fruit dan cappuccino.

~ harga bukan ahli - RM163.08, harga ahli - RM125.33.

2. Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
~ membantu mengekalkan pengambilan protein yang cukup dan mengikut apa yang disyorkan.
~ disertakan protein soya yang mengandungi isoflavona, penting untuk nutrisi sihat.
~ mengandungi Protein dadih susu, satu sumber sistina dan metionina, penting untuk menyokong otot.

~ harga bukan ahli - RM1115.56, harga ahli - RM88.81

Tenaga & Kesihatan
shapework teamix - Lemon & Hibiscus

~ ia akan mengurangkan rasa mengidam supaya anda tidak mengambil snek tinggi kalori yang boleh mengalih pelan pengurusan berat badan anda dari landasan yang betul.
~ minuman ringkas yang segar dan dicampur dengan 5 botani semulajadi yang bertindak pantas.
~ setiap hidangan bebas kalori.
~ 50g - harga bukan ahli - RM128.52, harga ahli - RM98.77

~ 100g - harga bukan ahli - RM223.56, harga ahli - RM171.81

START NOW PACK :-

1. Formula 1 Nutritional Shake Mix (550g) any flavour
2. Formula 3 - Personalised Protein Powder
3. Tea Mix - Lemon & Hibiscus (50g)

harga bukan ahli - RM407.16, harga ahli - RM312.91.


BERMINAT DAN INGIN TAHU DENGAN LEBIH LANJUT...sila hubungi saya;

~~NURUL HUSNA BINTI IBRAHIM

0193621651 / amanda_cheezy@yahoo.com

Sunday, May 9, 2010

~~ SELaMAT HARi IBu~~


Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu menurut Wikipedia :
hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

Manakala masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan. Sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang kafir dan barat. Bila orang kafir sambut hari valentine kita pun nak sambut sama! Bila orang kafir sambut april fool, kita pun ‘fool’ sama kerana sambut hari karut tu! Bila orang kafir sambut hari ibu dan hari bapa kita pun nak buat sama! Sungguhpun perayaan ini murni dari pandangan mata kasar kita. Tapi hakikat agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”
[Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya Dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir, disahihkan oleh Al-Albani]

Islam adalah ‘Deen’ atau cara hidup. Ia telah merangkumi segala-galanya. Bukan hanya kehidupan untuk di dunia yang sementara ini bahkan kehidupan abadi (abadan-abadan) nun di akhirat kelak. Moga ALLAH Subhana Wa Ta’ala terus memelihara kita semua agar kekal terus dalam agamanya iaitu Islam dan mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat Islam yang sebenar.



Thursday, May 6, 2010

MeMiLih pAsAnGaN HiDup


walaupon kita dah terdedah dengan panduan ni..tapi kita tengok skrg... byk kes bercerai kan??? so, bila saya terbaca artikel ni..saya nak kongsi la..sebagai peringatan.. terutama yang nak bina masjid..hehehehehe

Islam telah menggariskan empat ciri utama pemilihan bakal isteri dan suami.. seperti yang kita tahu. Pertama, carilah yang cantik rupa parasnya.. Kedua, carilah yang mempunyai harta. Ketiga, carilah yang baik keturunannya dan keempat, carilah yang beriman.. antara yang keempat2 ini..yang beriman perlu diutamakan.

kebiasaan, setiap laki2 dan perempuan akn tertarik kpd rupa paras sblm mmikirkan hal2 lain. inilah lumrah semulajadi manusia. Bagi pihak org tua, mereka kerap kali mmikirkan tntg asal usul dan kwangan bakal menantu. Jarang sekali soal iman dititik beratkan. betul kan????

Rupa paras dan harta benda tak kekal lama. ttpi iman dipupuk dlm hati nurani mampu bertahan walaupun jasad telah dimamah usia. Org yg beriman lbih tulus hatinya, kuat sabarnya dan mulia tgkah lakunya... Secara umumnya, bila di awal perkahwinan, semuanya baik belaka. semuanya nampak indah. ttpi bila masa semakin berlalu, akn mula terselah perilaku sbnar masing2. Itu tak kena,ini tak kena. Akhirnya, mhligai yg dibina dipenuhi sengketa dan prangsaka... nauzubillah.

Disinilah kelebihan iman. Disebabkan itulah, islam menggalakkan anda memilih psangan yg beriman sbg kriteria utama agar mahligai bahagia selama2nya. usah terburu-buru membuat pilihan. Selidik dahulu latar belakang psangan agar kita tak tertipu dengan kebaikan lahiriah yg ditunjukkan. Mudah-mudahan dialah pilihan yg terbaik... InsyaAllah.. (^_^)v

Monday, May 3, 2010

DuhAi ANsoRulLah....

" kaDAng- kaDAnG TarBiyah mEmbUAtKan KIta LeMAh, TEtaPi TArbIyAh JUgA mEmbUATkan KITa kuaT.... kadAnG-kaDaNG taRBiYaH MeMBuatKn kiTA pEnAT MalAH taRBIYAH juGA meMBuatkAn kiTA puAS.... keNApa diRESaHKaN????

BUkANkaH ALLAH SudAH mENJAnjikAN SYurGA SEbaGAi TUKaran SEGalA PERit??
BerSyuKurlAh KitA dIberi pEluang bEkerja DALaM pERjuANGan iNi... SeRINgKali langKAh Lemah kEraNA REngekan nAfsu... SEringkAKI HAti ini jEMU, KErana tIDak Ikhlas dAlAM bERamal... SERingkALI Air matA MEngAlir KERAnA tekANAn DErita JIwa yanG KEleTIhan..

DUHAi AnsaRULLah....
JAngAn MUdAh mEngAlah.... jangaN IZiNkan Raja NAfsu EMerinTahi JiwAmU...
TEruslAh mElanGkah.... TEruslah MUjahadAh... TEruslah bERjuaNG dEmi Sebuah kEmenangAn sehingGa DIriMu lemaS DAlaM lAutaN sYAhid....

SEnyUmlAh pADa meHNah yAng dAtAng..."